Tuesday, 5 January 2016

Muhasabah Diri

Penyakit Hati; "Orang yang tidak memandang Allah سبحانه وتعالى, dia tidak merasa kebersamaan dengan Allah. Maka dia tidak lari daripada merasakan penyakit "Sifat keakuan diri." Dia akan melihat dirinya sendiri. Rasa kagum. Aku, aku, ini semua aku yang buat. Yang ini penyakit ni. Dia merasakan aku yang beribadah, semuanya adalah diri dia."
"Bukan Allah سبحانه وتعالى yang memperamalkan. Yang ni hati dia ada penyakit. Cepat cepat pergi ubat. Cari orang yang ahlinya untuk ubat. Orang yang merasakan dirinya bertauhid dialah sebenarnya kurang bertauhid. Orang yang merasakan dirinya kurang bertauhid dialah sebenarnya sedang mencapai peringkat tauhid."
"Jika kita tidak dapat merasai Allah سبحانه وتعالى bersama dengan kita, mata hati kita tidak syuhud memandang kepada Allah سبحانه وتعالى. Maka, tidak larilah kita daripada penyakit "Syirik khafi" yakni syirik yang tersembunyi. Syirik yang menampakkan dirinya hebat dalam ibadah. Amalan yang sebegini adalah tertolak, secara tidak sedar. Itulah pentingnya ilmu tauhid."
"Ilmu tauhid ini, untuk menentukan amalan kita diterima ataupon tidak. Kalau ilmu feqah itu nak menentukan amalan kita sah ataupon batal. Sebab itu, hari ini kita belajar ilmu syariat dan hakikat. Namanya saja pak haji, pak ustaz, pak lebai, pak bilal, orang yang usung kitab pergi balik masjid, keluar pondok masuk pondok belajar."
"Sudah tentulah mereka ini tidak akan sekali-kali menyembah batu, pokok, kayu, berhala dan sebagainya. Tidak! Akan tetapi, jika kita tidak memahami tauhid yang sebenarnya. Sudah tentulah, kita ini hari-hari sembah patung ciptaan diri kita sendiri. Sifat keakuan. Aku yang buat, aku pandai, aku punya."
"Kalau orang lama, dengan kelamaannya. Kalau orang tua, dengan ketuaannya. Kalau orang alim, dengan keilmuannya. Kalau orang kuat, dengan kekuatannya. Kalau orang yang ada kuasa, dengan kekuasaannya. Ini semuanya penyakit."
"Sebab itu kita tengok orang yang belajar agama bawa usung kitab, tak bertambah akhlak, tak bertambah adabnya. Adab dengan guru, adab dengan orang tua mak ayah sendiri. Mana pergi adab? Sebab dia ada penyakit. Tak sedar ada penyakit. Aku belajar tengok aku pandai, baru belajar sikit je. Sebab itu ilmu tak berkat."
"Apa yang nak dibanggakan?Contoh kita bawak balik kereta bos kita, bermacam jenama bersilih ganti. Kawan kita puji hebatnya kau ada kereta macam-macam. Kita tak rasa bangga sebab kereta itu bukan kita punya. Bukan hak kita. Tak rasa apa-apa pon. Bangga ataupun rasa terangkat. Segala-galanya jangan lihat pada asbab. Lihatlah pada Allah سبحانه وتعالى."
"Hari ini ramai orang yang belajar ilmu untuk menyampaikan ilmu, akan tetapi tidak ramai yang belajar ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Seseorang yang mencapai hakikat tauhid, dia dapat meleburkan sifat keakuan dirinya."
"Kita sudah terlalu lama berada di dalam ilmu dan amal, akan tetapi kebersamaan dengan Allah سبحانه وتعالى tidak ada. Sebab itulah semakin kita memperbanyakkan amal ibadah, semakin sombong, semakin suka mengumpat dan segala macam sifat mazmumah. Dia tidak kenal Allah سبحانه وتعالى."
"Seseorang yg beramal tanpa tauhid yang kukuh di dalam hatinya amalnya akan goyah. Dalam pelajaran tauhid, pengukuhan dalil adalah dengan menggunakan akal. Barangsiapa yang tak mampu mendatangkan dalil akal bahawa Allah سبحانه وتعالى itu wujud, maka dia tidak berakal."
"Sebelum mati yang sebenar tiba, matikan diri dulu. Matikan yang macam mana? Yakni, matikan nafsu kamu. Dengar lihat pandang perkara-perkara yang Allah سبحانه وتعالى redha sahaja. Leburkan sifat keakuan diri. Saat kita mengingati Allah سبحانه وتعالى, bukan kita yang ingat Allah, tapi Allah سبحانه وتعالى jua lah yang meletakkan hamba-Nya untuk mengingati Allah سبحانه وتعالى."

Thursday, 12 November 2015

Faedah : Segala-galanya Kerana Allah swt



Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya iaitu:
1. Imam (pemimpin) yang adil;
2. Pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah;
3. Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid;
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah kerana Allah;
5. Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’;
6. Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan
7. Seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.”
(HR. Bukhari Muslim)
4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah Subhanahu wa ta’alaa, berkumpul karena Allah dan berpisah kerana Allah
Dua orang yang saling mencintai karena Allah akan mendapatkan lindungan dari Allah Subhanahu wa ta’alaadi akhirat nanti, dan Allah Subhanahu wa ta’alaaakan mengizinkan kedua orang tersebut untuk masuk ke dalam syurga-Nya.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahih-nya dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di dalam perjalanannya Allah Subhanahu wa ta’alaa mengutus seorang malaikat untuk mengawasinya. Ketika lelaki itu sampai padanya, malaikat itu berkata, “Kemanakah engkau akan pergi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.’ Malaikat itu bertanya lagi, ‘Apakah engkau punya kepentingan dari kenikmatan di desa ini?’ Lelaki itu menjawab, ‘Tidak, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.’ Kemudian malaikat itu berkata, ‘Sesungguhnya aku adalah utusan Allah Subhanahu wa ta’alaa yang diutus kepadamu, bahwa Allah juga mencintaimu sebagaimana kamu mencintai-Nya.”
Indahnya hidup ini apabila dikelilingi sahabat yang mencari cinta ALLAH...
Bersahabat kerana ALLAH...
Mengajak kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran...
Sahabat ketika susah dan senang...
Ameen..

Monday, 2 November 2015

Sidi Ahsan AlBaqili AlHasani AlMaghribi

Mujaddid millah waddin al arif billah Sidi ahsan albaaqili alhasni almaghribi.
Syekh Maulana Ahsan bin Muhammad bin Abi Jamaah Al-Ba’qili lahir di Desa Ikidhi-Maroko. Pada usia 8 tahun ayahnya meninggal dunia, mulai saat itulah saudara-saudaranya yang mencukupi keperluan Beliau sehari-hari. Pada usia 14 tahun Beliau telah hafal Alquran, yang kemudian meneruskan menimba ilmu kepada para ulama diberbagai daerah Negara Matahari Terbenam tersebut, diantaranya di Qurawiyin-Fes, Medina Qasr Kabir, Medina Settat,dan lainnya.

Pada tahun 1321, Beliau mula mempelajari ilmu Tasawuf, mulanya dibawah bimbingan Syekh Sidi Ali Masfayubi, dan kemudian berguru kepada Syekh Al-Qutb Husen Al-Ifrani (W. 1328 H) penulis kitab “Tiryaqu al Qulub min Adawai al Ghaflah wa ad Dzunub”,.
Beliau juga banyak menghasikan karya ilmiah diantaranya :
Ø Iraatu Araaisi Syumusu Falaki al Haqaiq al Irfaniyah…
Ø As Syurbu as Shafi min al Karami al Kafi ala Jawahiri al Ma’ani
Ø Suqu al Asrar ila Hadrati al Syahidi as Sattar
Ø Az Zalalu al Asfa wa al Lubabu al Mahdi al Aufa
Ø Raf’u al Khilaf al Ghummah fi ma Yadzunnu fihi Ikhtilafu al Ummat
Ø Idhohu al Adillah bi Anwari al Aimmah
Ø Hasyiyah ala Syarhi as Suyuti ala Alfiyah ibni Maliki
Ø Tuhfat al Athfal fi Nahwi
Ø Dan lain sebagainya.
Adapun diantara murid-muridnya yang tersohor diantaranya ialah:
ü Syekh Sidi Ahmad bin Ali Al-Kasyti (W. 1374 H)
ü Syekh Sidi Muhammad Habib Al-Ba’qili
ü Syekh Sidi Muhammad Kabir Al-Ba’qili
ü Syekh Muhammad Arobi bin Mahdi (yang berkunjung ke Indonesia pada bulan September 2013 lalu), Dan lain-lain.
Dikisahkan oleh Syekh Muhammad bin Ahmad Alfa Hasyim Al-Futiy; pada musim haji saya bertemu dengan Sidi Ahsan Ba’qili, seorang yang Alim, ahli Fiqih, ahli Hadits pada zamannya yang hafal 200 ribu hadits beserta sanadnya, penulis produktif diberbagai disiplin ilmu. Hingga beliau terpukau dengan beberapa pertanyaan yang dijawab Sidi Ahsan Ba’qili, diantaranya; Zawiyah itu seharusnya diatas/dibawahnya tidak ada bangunan lagi untuk tempat tinggal.
Demikianlah cerita anak saudaranya Syekh Umar Al-Futiy penulis kitab “Ar Rimah” tersebut.
Pada tahun 1367 H., Beliau mulai diserang penyakit Hepatitis, yang hujungnya beliau menghadap kehadirat Sang Ilahi pada malam Jumaat 10 Syawal 1368 H. Dahulu dimakamkan di daerah Oulad Ziyan, namun -subhanallah- ketika dipindah ke daerah Ghufron-Casablanca mayatnya utuh walaupun sudah bertahun-tahun. Demikianlah biografi singkat Beliau yang dapat saya tuliskan disini, semoga bermanfaat dan semoga kita mendapat barokah dari ilmu beliau, Syekh Ahsan Ba'qili dari Casablanca.

Friday, 30 October 2015

Mengenal & Membeza Ahlul BaitilRasulullah saw.

Catatan ilmu supaya kita lebih faham erti terminologi yang dipakai:-
1) lmam Hanafi lahir: 80 hijrah
2) lmam Maliki lahir: 93 hijrah
3) lmam Syafie lahir: 150 hijrah
4) mam Hanbali lahir: 164 hijrah
5) lmam Asy'ari lahir: 240 hijrah
Mereka ini semua ulama Salafus Soleh @ dikenali dgn nama ulama SALAF...
Apa itu SALAF?
Salaf ialah nama "zaman" iaitu merujuk kpd golongan ulama yg hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 HIJRAH.
1) Golongan generasi pertama dr 300 tahun hijrah tu disebut "Sahabat Nabi" kerana mereka pernah bertemu Nabi.
2) Golongan generasi kedua pula disebut "Tabi'in" iaitu golongan yg pernah bertemu Sahabat Nabi tp tak pernah bertemu Nabi.
3) Golongan generasi ketiga disebut sbg "Tabi' tabi'in" iaitu golongan yg tak pernah bertemu Nabi & Sahabat tp bertemu dgn Tabi'in.
Jd Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorg TABI'IN.
Imam Malik,
Imam Syafie,
Imam Hanbali,
Imam Asy'ari pula berguru dgn Tabi'in maka mereka adalah golongan TABI' TABI'IN.
Jd kesemua imam2 yg mulia ini merupakan golongan SALAF YG SEBENAR & pengikut mazhab mereka lah yg paling layak digelar sbg "Salafi" kerana "salafi" bermaksud "pengikut golongan SALAF".
Jd beruntung lah kita di Malaysia (nusantara) yg masih berpegang kpd mazhab Syafie yg merupakan mazhab SALAF yg SEBENAR & tidak lari dr kefahaman NABI & SAHABAT...
Rujukan Wahhabi pulak:
1) Ibnu Taimiyyah lahir:
661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
2) Albani lahir:
1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi, lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
3) Muhammad Abd Wahhab (pengasas gerakan Wahhabi):
1115 Hijrah (lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
4) Bin/Ibnu Baz lahir:
1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi, sama dgn Albani, lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
5) Ustaimin lahir: 1928 Masihi (mati tahun 2001, lebih kurang 12 tahun lepas dia mati, lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.
Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali Ibnu Taimiyyah yg hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf & zaman dajjal (akhir zaman)...
tak de sorg pun imam rujukan mereka yg mereka taksub buta hidup di zaman SALAF....
Mereka ini semua TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tp SANGAT2 ANEH apabila puak2 Wahhabi menggelarkan diri sebagai "Salafi" (pengikut golongan Salaf).
Sedangkan rujukan mereka semuanya merupakan manusia2 yg hidup di AKHIR ZAMAN? fikir2kanlah & renung2kanlah, sebarkan kepada saudara2 kita yg lain ASWJ.

SIAPA WAHABI?
Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh,
kerana 3 Mazhab lain tidak pun membaca Qunut Subuh,
itu khilaf mazhab;
bukan juga kerana tidak buat kenduri arwah kerana ada Qawl dlm Mazhab Syafi'i yg tidak menggalakkannya,
bukan juga kerana itu & ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yg salah yg membentuk satu gerakan ekstrem yg boleh memecahbelah masyarakat.
Kemuncak ekstrem & radikal Wahabisme boleh sehingga membawa pertumpahan darah spt IS,
ISIL,
ISIS,
al-Qaeda,
Taliban...
semua itu adalah didikan Wahabi.
Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yg menyeru kononnya jgn "taqlid", jgn "mengikut membuta tuli"; menyeru kononnya "kembali kpd al-Quran & al-Sunnah".
[1] Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan org lain yg tidak sehaluan dgn mereka & merasakan hanya amalan mereka shj yg betul. Hanya mereka shj kononnya mengikut "Sunnah".
Mereka kelompok manusia yg tidak boleh berbeza pandangan,
tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak).
Wahabi menolak bahawa Bid'aah ada 2 bentuk
(i) Baik (Hasanah) &
(ii) Sesat (Dolalah).
Bg Wahabi semua Bid'aah sesat & masuk neraka.
Oleh itu setiap Bid'aah adalah mungkar & bg mereka wajib ditentang.
Lalu mereka membesarkan perbezaan pendapat & membikin kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada.
Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbyk menuturkan "BID'AAH" terhadap amalan org lain & menjadikan ianya "wirid" harian.

[2] Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus utk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum drpd al-Quran & al-Sunnah.
Bg Wahabi setiap ibadat kena ada nas & dalil,
walhal perintah yg bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya.
Wahabi marah membaca Surah Yasin mlm Jumaat kerana tiada nas.
Bukankah perintah memperbykkan membaca al-Quran sudah cukup byk & memadai?
Adakah nas melarangnya pula? Tiada larangan.

[3] Wahabi adalah gerakan MENSYIRIKKAN org lain:
tawassul bg mereka syirik kecuali tawassul dgn amalan soleh,
& dgn Asmaul Husna saja.
Walhal para Sahabat & Salafus Soleh bertawassul dgn pelbagai bentuk lain;
[4] Wahabi gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT mensifatkan Allah "bertangan",
"duduk" atas Arasy,
"ketawa",
Allah di atas langit.
Wahabi menolak takwil yg dibawa oleh manhaj Ashairah & Maturidiyyah sdgkan manhaj Ashairah itu lebih selamat dr mensifatkan Allah dgn sifat makhluk.

[5] Wahabi juga gerakan MENTADHA'IFKAN hadith &
MEMARDUDKAN hadith dhaif, menolak penggunaan hadith2 dhaif & membakulsampahkan semua hadith2 dhaif.
Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dlm hal fadhailul 'amal & targhib wa tarhib.
Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani.
Mereka tidak sedar mereka bertaqlid &
mengikut membuta tuli apa shj takhrij hadith oleh al-Albani.
Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian "kibarul ulama" Saudi hari ini manakala kitab2 rujukan Wahabi ialah kitab karangan Muhammad Abdul Wahab.
Mereka membutakan mata &
memekakkan telinga apabila didtgkan hujah drpd para ulamak lain yg muktabar namun tidak sealiran dgn mereka.

[6] Wahabi gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi & tasawuf.
Mereka secara terpilih memetik yg mana sesuai dgn fikrah mereka kitab2 Ibn Taimiyyah,
Ibn Qayyim,
Al-Dhahabi,
al-Syawkani khususnya di bab memburuk & mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah.
Wahabi Malaysia ada yg mengatakan tasawuf lebih kotor drpd air longkang.
Sedangkan Sufi ada yg baik & ada yg sesat sepertimana umat Islam yg lain juga amnya:
ada yg Soleh,
ada Munafik & ada yg berdosa.
Sufi juga tidak maksum.
Bahkan Imam Ghazali sendiri turut mengkritik "Sufi palsu" walaupun beliau sendiri seorg ahli Sufi.
[7] Wahabi MENOLAK Imam al-Ghazali ra & jarang dengar mereka mengutip kalam Imam al-Ghazali ra.
Bg mereka Imam al-Ghazali ra Hujjatul Islam itu jahil hadith.
Itulah Wahabi, & jgn terkeliru dgn suara2 membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi. Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi,
kononnya Wahabi itu "hantu", "momok" & tidak wujud. Kenal dulu ciri2 Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka.
Kalau yg melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi (yg malu mengaku). Hati2 dgn mereka ini walaupun petah berbicara, & mulut penuh dgn ayat2 al-Quran & al-Hadith.
Ada Wahabi Malaysia yg sangat terkenal & bicara memukau sehingga ramai org awam tertipu. Dgn pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan, Perak, Pahang, & Kedah, moga2 makin ramai yg sedar & makin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yg bertopeng & begitu licik selama ini. Jgn terkejut jika ustaz yg anda kagumi selama ini itu sebenarnya / mungkin pendokong Wahabi.

Hanya jauhari yg kenal manikam.
اعرف الحق تعرف أهله

Faedah : Akidah & Jiwa

Kewajipan mempertahan jiwa dan akidah seorang muslim,dan ketiadaan mengkafirkan orang-orang islam…
Sabda Rasulullah saw :
أمِرْتُ أنْ أُقَاتِل النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله فَإِنْ قالُوهَا عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وأمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ اللهِ
Ertinya:
Aku telah disuruh untuk memerangi manusia,hinggalah mereka mengucap kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ,Maka jika mereka telah mengucapkan dua kalimah tersebut,maka terselamatlah jiwa raga dan harta benda mereka daripadaku.,melainkan kerana melaksanakan tuntutan Allah (qisas dan umpamanya)
Inilah jalan yang sah untuk dinisbahkan mereka kepada akidah ahli sunnah wal jamaah..
kerana sesungguhnya ahli-ahli bida’h kebanyakkan daripada mereka itu mengkafirkan semua golongan yang menyalahi pemahaman mereka dengan terang-terangan..
Adapun golongan ahli sunnah wal jamaah ,mereka ini adalah golongan yang terselamat dari mengungkap perkataan dan bertindak dengan tindakan yang melulu(mengkafirkan orang)…
Mereka ini,apabila menghukum orang yang menyalahi akan akidah dan pemahaman mereka,hanyalah sekadar mengatakan mereka ini,sebagai ahli bida’h,atau Ahli ro’yi(akal)atau ahli syubhat dan umpamanya…..”
Perhatikanlah perkataan Imam Abu Hasan Al Asya’ri ketika beliau dipenghujung hayat beliau,yaitu ketika beliau diatas katil dihadapan sahabat sahabat beliau,dan beliau berkata:
إشْهَدوا عليَّ أنِّي لا أُكَفِّرُ أحَدًا مِنْ أهل القبلةِ فإنِّي وجَدْتُّهُم كلُّهُم يُشيرُون إلى الله والإسلام يَعُمُّهُم
Ertinya:
kamu semua persaksikanlah atas diriku ini !!!!,bahawa aku ini tidak menghukumkan kafir kepada ahli qiblat( ahli لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ), kerana mereka semua menyeru kepada Allah dan kepada Islam secara umumnya…
perbentangan perkara ini, ialah untuk memperingati kawan-kawan,kerana telah dilihat pd kebanyakkan daripada kumpulan orang-orang islam dan juga daripada tokoh tokoh ulama’ zohir…
mereka ini terlalu melampau ketika berdebat dan bermujaadalah dengan ahli bida’h dan ahli ingkar hinggakan membawa kepada menghukumkan kafir atas mereka…
dan mereka(ulama’ zohir) yang berdebat telah terbawa-bawa dengan sifat mereka (ahli bida’h)dan mengikuti segala tindak tanduk mereka(.mengkafir orang islam).
lihatlah apa yang berlaku kepada umat islam dewasa ini……
Awasilah diri kamu……!!!!!!!
Jauhilah diri daripada membuka pintu fitnah atas umat islam,yaitu pintu mengkafirkan jiwa raga seorang muslim,,,
Kerana ia adalah bala’ dan musibah yang sangat besar bagi umat islam pada ketika ini