Monday, 19 January 2015

SANAH HELWA YA MUROBBI


MAJLIS SAMBUTAN MERAIKAN HARI KELAHIRAN GURU
AlFadhil Ustaz Taufik bin Hj Khamis bin Hassan AtTijani 



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.


“Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup/terkunci dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran dan yang menunjukkan jalanMu yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi agung”.

Majlis dimulakan seawal jam 6.00 petang dengan Majlis Zikir Wazifah, Zikir Hailalah dan Solat Fardhu Maghrib berjemaah. 
Adalah menjadi wajib bagi kami dalam menuntut ilmu, Guru dengan usahanya telah membacakan  Kitab Adab Penuntut sehingga jam 9.00pm dan Solat fardhu Isyak berjemaah.



Pada jam 9.30pm, majlis dimulakan oleh Ustaz Sodiqi dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih yang amat sangat kepada guru yang telah banyak berjasa khasnya kepada Ikhwan & Muhibbin ahli Johor dalam  usaha gigih  beliau untuk  menyampaikan risalah kebenaran & ilmu akhirat.



Tuesday, 6 January 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL @ MAHAAD TAHFIZ DARUL MADAD

MAULID DI DARUL MADAD
Kampung Parit 1, Sagil Muar Johor
2 JANUARI 2015 / 12 Rabi'ul Awal 1436 Hijrah


Majlis  Ihyak Maulid ,  di hadiri hampir 150 orang tetamu dan Ikhwan yang datang dari Johor Bahru, Kota Tinggi, Pasir Gudang, serta ahli Daerah Muar.

Bermula seawal jam 5.30pm dengan Majlis Zikir Wazifah, Zikir Hailalah &  Zikir Ya Latif. Selepas Maghrib di teruskan dengan bacaan kitab Isyradul Asyfiya' , Solat Isyak dan Jamuan.

Selepas Jamuan, Majlis diteruskan dengan bacaan Burdah 168 bait hingga jam 11.30pm

Majlis disambung seawal jam 3.30am, dimulakan dengan acara solat taubat, solat tahajjud dan munajat / selawat ke atas Rasulullah saw.

Solat subuh  berjemaah, di ikuti Majlis Zikir Wazifah dan bacaan Marhaban & maulid sebagai memuji dan melahirkan rasa kecintaan kepada Sayidul Wujud Saidina Wamaulana Muhammad saw.

Majl;is di kahiri dengan selawat dan marhaban , diikuti dengan sarapan pagi, acara fotografi dan bersurai sekitar jam 11.00am