Pada 17 hb April 2015 ( 27 Jamadul Akhir 1436 H), Badan Kebajikan Zawiyah Johor & Yayasan Fidhut Tijani Johor telah menganjurkan Majlis Mahabbah dan Silaturrahim bersempena kehadiran yang dikasihi Sayidi Ahamd Al Hadi Al Maghribi ke bumi Malaysia.
Majlis di adakan di Hotel Le Grendour, Senai Johor dimana Sayidi dan keluarga menginap.
MAJLIS MAKAN MALAM : RESTORAN CASABLANCA
Majlis awal adalah makan malam Pihak Pengurusan BKZ dan Yayasan Fidhut Tijani Johor bersama Sayidi di Restoran Casablanca yang menyediakan menu timur tengah (Maghribi).
Program di Le Grendour Senai Johor telah di hadiri seramai 200 Ikhwan, Ekhwat,Muhibbin dan jemputan telah bersama-sama dengan yang di kasihi Sayidi Ahmad Al Hadi.