Friday, 30 October 2015

Mengenal & Membeza Ahlul BaitilRasulullah saw.

Catatan ilmu supaya kita lebih faham erti terminologi yang dipakai:-
1) lmam Hanafi lahir: 80 hijrah
2) lmam Maliki lahir: 93 hijrah
3) lmam Syafie lahir: 150 hijrah
4) mam Hanbali lahir: 164 hijrah
5) lmam Asy'ari lahir: 240 hijrah
Mereka ini semua ulama Salafus Soleh @ dikenali dgn nama ulama SALAF...
Apa itu SALAF?
Salaf ialah nama "zaman" iaitu merujuk kpd golongan ulama yg hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 HIJRAH.
1) Golongan generasi pertama dr 300 tahun hijrah tu disebut "Sahabat Nabi" kerana mereka pernah bertemu Nabi.
2) Golongan generasi kedua pula disebut "Tabi'in" iaitu golongan yg pernah bertemu Sahabat Nabi tp tak pernah bertemu Nabi.
3) Golongan generasi ketiga disebut sbg "Tabi' tabi'in" iaitu golongan yg tak pernah bertemu Nabi & Sahabat tp bertemu dgn Tabi'in.
Jd Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorg TABI'IN.
Imam Malik,
Imam Syafie,
Imam Hanbali,
Imam Asy'ari pula berguru dgn Tabi'in maka mereka adalah golongan TABI' TABI'IN.
Jd kesemua imam2 yg mulia ini merupakan golongan SALAF YG SEBENAR & pengikut mazhab mereka lah yg paling layak digelar sbg "Salafi" kerana "salafi" bermaksud "pengikut golongan SALAF".
Jd beruntung lah kita di Malaysia (nusantara) yg masih berpegang kpd mazhab Syafie yg merupakan mazhab SALAF yg SEBENAR & tidak lari dr kefahaman NABI & SAHABAT...
Rujukan Wahhabi pulak:
1) Ibnu Taimiyyah lahir:
661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
2) Albani lahir:
1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi, lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
3) Muhammad Abd Wahhab (pengasas gerakan Wahhabi):
1115 Hijrah (lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
4) Bin/Ibnu Baz lahir:
1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi, sama dgn Albani, lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
5) Ustaimin lahir: 1928 Masihi (mati tahun 2001, lebih kurang 12 tahun lepas dia mati, lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.
Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali Ibnu Taimiyyah yg hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf & zaman dajjal (akhir zaman)...
tak de sorg pun imam rujukan mereka yg mereka taksub buta hidup di zaman SALAF....
Mereka ini semua TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tp SANGAT2 ANEH apabila puak2 Wahhabi menggelarkan diri sebagai "Salafi" (pengikut golongan Salaf).
Sedangkan rujukan mereka semuanya merupakan manusia2 yg hidup di AKHIR ZAMAN? fikir2kanlah & renung2kanlah, sebarkan kepada saudara2 kita yg lain ASWJ.

SIAPA WAHABI?
Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh,
kerana 3 Mazhab lain tidak pun membaca Qunut Subuh,
itu khilaf mazhab;
bukan juga kerana tidak buat kenduri arwah kerana ada Qawl dlm Mazhab Syafi'i yg tidak menggalakkannya,
bukan juga kerana itu & ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yg salah yg membentuk satu gerakan ekstrem yg boleh memecahbelah masyarakat.
Kemuncak ekstrem & radikal Wahabisme boleh sehingga membawa pertumpahan darah spt IS,
ISIL,
ISIS,
al-Qaeda,
Taliban...
semua itu adalah didikan Wahabi.
Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yg menyeru kononnya jgn "taqlid", jgn "mengikut membuta tuli"; menyeru kononnya "kembali kpd al-Quran & al-Sunnah".
[1] Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan org lain yg tidak sehaluan dgn mereka & merasakan hanya amalan mereka shj yg betul. Hanya mereka shj kononnya mengikut "Sunnah".
Mereka kelompok manusia yg tidak boleh berbeza pandangan,
tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak).
Wahabi menolak bahawa Bid'aah ada 2 bentuk
(i) Baik (Hasanah) &
(ii) Sesat (Dolalah).
Bg Wahabi semua Bid'aah sesat & masuk neraka.
Oleh itu setiap Bid'aah adalah mungkar & bg mereka wajib ditentang.
Lalu mereka membesarkan perbezaan pendapat & membikin kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada.
Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbyk menuturkan "BID'AAH" terhadap amalan org lain & menjadikan ianya "wirid" harian.

[2] Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus utk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum drpd al-Quran & al-Sunnah.
Bg Wahabi setiap ibadat kena ada nas & dalil,
walhal perintah yg bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya.
Wahabi marah membaca Surah Yasin mlm Jumaat kerana tiada nas.
Bukankah perintah memperbykkan membaca al-Quran sudah cukup byk & memadai?
Adakah nas melarangnya pula? Tiada larangan.

[3] Wahabi adalah gerakan MENSYIRIKKAN org lain:
tawassul bg mereka syirik kecuali tawassul dgn amalan soleh,
& dgn Asmaul Husna saja.
Walhal para Sahabat & Salafus Soleh bertawassul dgn pelbagai bentuk lain;
[4] Wahabi gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT mensifatkan Allah "bertangan",
"duduk" atas Arasy,
"ketawa",
Allah di atas langit.
Wahabi menolak takwil yg dibawa oleh manhaj Ashairah & Maturidiyyah sdgkan manhaj Ashairah itu lebih selamat dr mensifatkan Allah dgn sifat makhluk.

[5] Wahabi juga gerakan MENTADHA'IFKAN hadith &
MEMARDUDKAN hadith dhaif, menolak penggunaan hadith2 dhaif & membakulsampahkan semua hadith2 dhaif.
Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dlm hal fadhailul 'amal & targhib wa tarhib.
Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani.
Mereka tidak sedar mereka bertaqlid &
mengikut membuta tuli apa shj takhrij hadith oleh al-Albani.
Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian "kibarul ulama" Saudi hari ini manakala kitab2 rujukan Wahabi ialah kitab karangan Muhammad Abdul Wahab.
Mereka membutakan mata &
memekakkan telinga apabila didtgkan hujah drpd para ulamak lain yg muktabar namun tidak sealiran dgn mereka.

[6] Wahabi gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi & tasawuf.
Mereka secara terpilih memetik yg mana sesuai dgn fikrah mereka kitab2 Ibn Taimiyyah,
Ibn Qayyim,
Al-Dhahabi,
al-Syawkani khususnya di bab memburuk & mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah.
Wahabi Malaysia ada yg mengatakan tasawuf lebih kotor drpd air longkang.
Sedangkan Sufi ada yg baik & ada yg sesat sepertimana umat Islam yg lain juga amnya:
ada yg Soleh,
ada Munafik & ada yg berdosa.
Sufi juga tidak maksum.
Bahkan Imam Ghazali sendiri turut mengkritik "Sufi palsu" walaupun beliau sendiri seorg ahli Sufi.
[7] Wahabi MENOLAK Imam al-Ghazali ra & jarang dengar mereka mengutip kalam Imam al-Ghazali ra.
Bg mereka Imam al-Ghazali ra Hujjatul Islam itu jahil hadith.
Itulah Wahabi, & jgn terkeliru dgn suara2 membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi. Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi,
kononnya Wahabi itu "hantu", "momok" & tidak wujud. Kenal dulu ciri2 Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka.
Kalau yg melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi (yg malu mengaku). Hati2 dgn mereka ini walaupun petah berbicara, & mulut penuh dgn ayat2 al-Quran & al-Hadith.
Ada Wahabi Malaysia yg sangat terkenal & bicara memukau sehingga ramai org awam tertipu. Dgn pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan, Perak, Pahang, & Kedah, moga2 makin ramai yg sedar & makin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yg bertopeng & begitu licik selama ini. Jgn terkejut jika ustaz yg anda kagumi selama ini itu sebenarnya / mungkin pendokong Wahabi.

Hanya jauhari yg kenal manikam.
اعرف الحق تعرف أهله

Faedah : Akidah & Jiwa

Kewajipan mempertahan jiwa dan akidah seorang muslim,dan ketiadaan mengkafirkan orang-orang islam…
Sabda Rasulullah saw :
أمِرْتُ أنْ أُقَاتِل النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله فَإِنْ قالُوهَا عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وأمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ اللهِ
Ertinya:
Aku telah disuruh untuk memerangi manusia,hinggalah mereka mengucap kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ,Maka jika mereka telah mengucapkan dua kalimah tersebut,maka terselamatlah jiwa raga dan harta benda mereka daripadaku.,melainkan kerana melaksanakan tuntutan Allah (qisas dan umpamanya)
Inilah jalan yang sah untuk dinisbahkan mereka kepada akidah ahli sunnah wal jamaah..
kerana sesungguhnya ahli-ahli bida’h kebanyakkan daripada mereka itu mengkafirkan semua golongan yang menyalahi pemahaman mereka dengan terang-terangan..
Adapun golongan ahli sunnah wal jamaah ,mereka ini adalah golongan yang terselamat dari mengungkap perkataan dan bertindak dengan tindakan yang melulu(mengkafirkan orang)…
Mereka ini,apabila menghukum orang yang menyalahi akan akidah dan pemahaman mereka,hanyalah sekadar mengatakan mereka ini,sebagai ahli bida’h,atau Ahli ro’yi(akal)atau ahli syubhat dan umpamanya…..”
Perhatikanlah perkataan Imam Abu Hasan Al Asya’ri ketika beliau dipenghujung hayat beliau,yaitu ketika beliau diatas katil dihadapan sahabat sahabat beliau,dan beliau berkata:
إشْهَدوا عليَّ أنِّي لا أُكَفِّرُ أحَدًا مِنْ أهل القبلةِ فإنِّي وجَدْتُّهُم كلُّهُم يُشيرُون إلى الله والإسلام يَعُمُّهُم
Ertinya:
kamu semua persaksikanlah atas diriku ini !!!!,bahawa aku ini tidak menghukumkan kafir kepada ahli qiblat( ahli لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ), kerana mereka semua menyeru kepada Allah dan kepada Islam secara umumnya…
perbentangan perkara ini, ialah untuk memperingati kawan-kawan,kerana telah dilihat pd kebanyakkan daripada kumpulan orang-orang islam dan juga daripada tokoh tokoh ulama’ zohir…
mereka ini terlalu melampau ketika berdebat dan bermujaadalah dengan ahli bida’h dan ahli ingkar hinggakan membawa kepada menghukumkan kafir atas mereka…
dan mereka(ulama’ zohir) yang berdebat telah terbawa-bawa dengan sifat mereka (ahli bida’h)dan mengikuti segala tindak tanduk mereka(.mengkafir orang islam).
lihatlah apa yang berlaku kepada umat islam dewasa ini……
Awasilah diri kamu……!!!!!!!
Jauhilah diri daripada membuka pintu fitnah atas umat islam,yaitu pintu mengkafirkan jiwa raga seorang muslim,,,
Kerana ia adalah bala’ dan musibah yang sangat besar bagi umat islam pada ketika ini

Wednesday, 28 October 2015

Faedah

Dihikayatkan di dalam kitab para Aulia' berkata laut kepada Allah swt dengan katanya " Ya Allah, dikau izinkan aku supaya dapat aku menenggelamkan orang-orang yang berbuat maksiat kepadaMu...." lalu Allah swt berkata kepada laut  ..." wahai laut, jika mereka itu hambamu, buatlah akan dikau, tetapi mereka semua adalah hambaKu dan Aku menerima mereka datang kepada pintuKu memohon taubat."

   Berkata guru kami yang amat dikasihi, mudah-mudahan Allah memanjangkan umurnya. Beliau berkata.."Sesungguhnya kekurangan yang berlaku kepada sesaorang hamba itu adalah mazhar kesempurnaan Tuhan Azza Wajalla, oleh yang demikian sesaorang hamba itu tidak mampu untuk masuk kepada wilayah Tuhannya melainkan dia sendiri rasa kehambaan dan kekurangan yang ada pada dirinya kerana Allahswt berlawanan dengan segala sifat kelemahan makhlukNya.

It was foretold in the book of the Aulia 'said the sea to Allah by saying, "God, you let me so I can drown those who do evil to You...." then Allah said to the sea ... "O sea, if they were slaves, make them away, but they all are my servant and I accept to receive them to come to my door begging mercy. "

    Our Murabbi said that very dear, hopefully Allah prolong his life. He said .. "Indeed, the lack of which happen to a man is the servant of God Almighty and Wajalla mazhar perfection, therefore a man servant was not able to enter the territory of his Lord, but he himself sense of servitude and deficiencies that exist in themselves as opposed to all the properties Allah swt weakness creatures.

Faedah : Adab bersuhbah dengan Syeikh Murabbi



Berkata Syeikh Tijani r.a ...
   " Bahawsanya bersuhbah (bersahabat dan berdamping) itu  berlaku kepada orang yang masih hidup, kerana orang yang mati tidak boleh berdamping akan dia dan berbicara akan dia dan tidak boleh berurusan denganya samasekali..."
       Berkata al arrif billah Syeikh Ahmad Dardir Ad Addawi r.a di dalam kitab Thufatul Ikhwan iaitu tatkala beliau mengingatkan sahabat-sahabat beliau tentang adab-adab bersuhbah dengan Syeikh katanya .
                 " Medahulukan Syeikhnya atas Syeikh yang lain dan tidaklah pergi kepada wali-wali dan Syeikh daripada kalangan orang-orang solleh melainkan dengan izinnya dan juga tidaklah ia menghadirkan diri pada majlis kecuali majlis gurunya....hinggalah dia telah puas menghirup air dari sir sir yang ada pada Syeikahnya"

Disebut dalam Khulsonah al Mardhiah, "wajiblah atas setiap orang Syeikh bahawa ia tidak membiarkan sahabat-sahabatnya (murid) menziarahi guru yang lain kerana bahaya dan mudarat itu terlalu mudah dan cepat berlaku atas murid tersebut kerana setiap guru iitu mempunyai jalan tertentu yang dikhususkan kepada murid tersebut dan tidak mungkin boleh dicampurkan atau dikongsikan untuk bercampur dengan murid lain yang berlainan guru kerana dikhuatiri murid akan mendengar yang bersalahan dari apa yang diajar oleh guru mereka. Maka pada ketika itu, murid akan keliru dengan apa yang diajar oleh gurunya, maka wajiblah atas guru tersebut menutup pintu di atas murid-muridnya.daripada menghadirkan diri kepada guru yang lain.

-Mudir Darul Madad-


Sheikh Tijani r.a said ...
   "Suhbah (friends and consorts) it applies to people who are still alive, because the dead can not communicating to him and talk to him and can not deal with it at all ..."
       Sheikh Ahmad al billah said, from a words Dardir Ad Addawi Thufatul reported in the book of the Brotherhood (Ikhwan) when he reminded his companions about the ethics of Suhbah the sheikh said.
                 "Priority twords Sheikh on the other and not go to the friends and sheikh from among those Solleh except with his consent and it was also not present himself at the council unless the teacher will .... until he was satisfied sip of the sir available from the Syeikh "

Known in Khulsonah al Mardhiah, "Sheikh obligatory for any person that he does not let his friends (disciples) to visit other teachers because of the dangers and harm that are easy and quick to apply for these students because every teacher has a certain way that is devoted to students and may not be combined or shared to mix with other students from different schools for fear that students will listen in contravention of what was being taught by their teachers. And at that point, students will be confused as to what was being taught by the teacher, so the teacher must They closed the door on them from attend to other teachers.

Tuesday, 27 October 2015

MAJLIS YAUMUL IFTITAH DARUL MADAD

Pada 23 Oktober 2015 bersamaan 10 Muharram 1437 Hijrah telah diadakan Majlis Yaumul Iftitah Darul Madad.

Majlis dihadiri oleh yang di Mulikan Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi,
Majlis bermula seawal jam 5.00 petang dengan Majlis Zikir Wazifah dan Zikir Hailalah.



Majlis berbuka puasa sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang dimana YM Sayidi Ahmad Al Hadi dan semua para ikhwan berbuka puasa dengan jamuan ringan. Selepas itu, diikuti dengan Solar Fardhu Maghrib berjemaah dan jamuan .


Pengisian dimuliakan dengan majlis Ilmu oleh YM Sayidi Ahmad Al Hadi. Antara topik yang disentuh ialah sambutan hari Asyura sebagai hari pengorbanan yang besar oleh Saidina Hussin as.