Tuesday, 6 January 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL @ MAHAAD TAHFIZ DARUL MADAD

MAULID DI DARUL MADAD
Kampung Parit 1, Sagil Muar Johor
2 JANUARI 2015 / 12 Rabi'ul Awal 1436 Hijrah


Majlis  Ihyak Maulid ,  di hadiri hampir 150 orang tetamu dan Ikhwan yang datang dari Johor Bahru, Kota Tinggi, Pasir Gudang, serta ahli Daerah Muar.

Bermula seawal jam 5.30pm dengan Majlis Zikir Wazifah, Zikir Hailalah &  Zikir Ya Latif. Selepas Maghrib di teruskan dengan bacaan kitab Isyradul Asyfiya' , Solat Isyak dan Jamuan.

Selepas Jamuan, Majlis diteruskan dengan bacaan Burdah 168 bait hingga jam 11.30pm

Majlis disambung seawal jam 3.30am, dimulakan dengan acara solat taubat, solat tahajjud dan munajat / selawat ke atas Rasulullah saw.

Solat subuh  berjemaah, di ikuti Majlis Zikir Wazifah dan bacaan Marhaban & maulid sebagai memuji dan melahirkan rasa kecintaan kepada Sayidul Wujud Saidina Wamaulana Muhammad saw.

Majl;is di kahiri dengan selawat dan marhaban , diikuti dengan sarapan pagi, acara fotografi dan bersurai sekitar jam 11.00am


No comments:

Post a Comment