Berbagai aktiviti dan program yang disediakan oleh Ikhwan Negeri Johor demi mengembirakan hati Insan kesayangan kami.
Menginap di Starhill Golf & Country Club Johor Bahru dan antara program utama bersama beliau ialah Program Ziarah ke lima buah rumah Ikhwan Johor, Lawatan Ke Muzium Johor Lama, Solat Jumaat di Masjid Kampung Makam Kota Tinggi, Wazifah dan Hailalah, program reakreasi memanah dan lawatan santai ke beberapa tempat menarik sekitar Daerah Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Antara Mutiara Kata Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hassani
Rasa kehinaan dan kekeurangan itulah rasa kehambaan dan maksud ibadah. Ibarat resam padi , semakin berisi semakin tunduk (tidak takabbur & ujub) adapun sekam selalunya tegak meninggi , tetapi bergoyang tidak tentu arah apabila ditiup angin (isyarat kepada ketidakstabilan minda kerana tiada ilmu) dan tidak kukuh singgahsana perhambaan diri.
Syariat adalah asas manakala hakikat adalah natijah (buah / hasil). Sejauh mana sesorang itu kuat dan istiqamah menjaga syariatnya, begitulah hasil pada hakikatnya. Ibarat sebiji benih yang kecil, segala dahan, daun , buah dan semua unsur pokok berada didalamnya, sejauh mana sesorang itu menjaga atau membaja, begitulah juga hasil yang akan diperolehi dari penjagaanya itu.
Syariat ibarat kulit sebiji kelapa yang berkulit tebal, menjaga akan isi yang putih didalamnya. Isi kelapa di ibaratkan seperti hakikat yang putih bersih warnanya lantaran penjagaan dan pemeliharaan oleh kulit kelapa yang tebal dan kuat ( Isyarat kepada penjagaan syariat )
Dan pesanan beliau juga
" Kurangkan ketawa".
Kalam Sayidi
" Saya sedih nak tinggalkan Ikhwan Johor"
No comments:
Post a Comment