Thursday, 12 November 2015

Faedah : Segala-galanya Kerana Allah swt



Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya iaitu:
1. Imam (pemimpin) yang adil;
2. Pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah;
3. Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid;
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah kerana Allah;
5. Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’;
6. Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan
7. Seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.”
(HR. Bukhari Muslim)
4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah Subhanahu wa ta’alaa, berkumpul karena Allah dan berpisah kerana Allah
Dua orang yang saling mencintai karena Allah akan mendapatkan lindungan dari Allah Subhanahu wa ta’alaadi akhirat nanti, dan Allah Subhanahu wa ta’alaaakan mengizinkan kedua orang tersebut untuk masuk ke dalam syurga-Nya.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahih-nya dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di dalam perjalanannya Allah Subhanahu wa ta’alaa mengutus seorang malaikat untuk mengawasinya. Ketika lelaki itu sampai padanya, malaikat itu berkata, “Kemanakah engkau akan pergi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.’ Malaikat itu bertanya lagi, ‘Apakah engkau punya kepentingan dari kenikmatan di desa ini?’ Lelaki itu menjawab, ‘Tidak, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.’ Kemudian malaikat itu berkata, ‘Sesungguhnya aku adalah utusan Allah Subhanahu wa ta’alaa yang diutus kepadamu, bahwa Allah juga mencintaimu sebagaimana kamu mencintai-Nya.”
Indahnya hidup ini apabila dikelilingi sahabat yang mencari cinta ALLAH...
Bersahabat kerana ALLAH...
Mengajak kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran...
Sahabat ketika susah dan senang...
Ameen..

Monday, 2 November 2015

Sidi Ahsan AlBaqili AlHasani AlMaghribi

Mujaddid millah waddin al arif billah Sidi ahsan albaaqili alhasni almaghribi.
Syekh Maulana Ahsan bin Muhammad bin Abi Jamaah Al-Ba’qili lahir di Desa Ikidhi-Maroko. Pada usia 8 tahun ayahnya meninggal dunia, mulai saat itulah saudara-saudaranya yang mencukupi keperluan Beliau sehari-hari. Pada usia 14 tahun Beliau telah hafal Alquran, yang kemudian meneruskan menimba ilmu kepada para ulama diberbagai daerah Negara Matahari Terbenam tersebut, diantaranya di Qurawiyin-Fes, Medina Qasr Kabir, Medina Settat,dan lainnya.

Pada tahun 1321, Beliau mula mempelajari ilmu Tasawuf, mulanya dibawah bimbingan Syekh Sidi Ali Masfayubi, dan kemudian berguru kepada Syekh Al-Qutb Husen Al-Ifrani (W. 1328 H) penulis kitab “Tiryaqu al Qulub min Adawai al Ghaflah wa ad Dzunub”,.
Beliau juga banyak menghasikan karya ilmiah diantaranya :
Ø Iraatu Araaisi Syumusu Falaki al Haqaiq al Irfaniyah…
Ø As Syurbu as Shafi min al Karami al Kafi ala Jawahiri al Ma’ani
Ø Suqu al Asrar ila Hadrati al Syahidi as Sattar
Ø Az Zalalu al Asfa wa al Lubabu al Mahdi al Aufa
Ø Raf’u al Khilaf al Ghummah fi ma Yadzunnu fihi Ikhtilafu al Ummat
Ø Idhohu al Adillah bi Anwari al Aimmah
Ø Hasyiyah ala Syarhi as Suyuti ala Alfiyah ibni Maliki
Ø Tuhfat al Athfal fi Nahwi
Ø Dan lain sebagainya.
Adapun diantara murid-muridnya yang tersohor diantaranya ialah:
ü Syekh Sidi Ahmad bin Ali Al-Kasyti (W. 1374 H)
ü Syekh Sidi Muhammad Habib Al-Ba’qili
ü Syekh Sidi Muhammad Kabir Al-Ba’qili
ü Syekh Muhammad Arobi bin Mahdi (yang berkunjung ke Indonesia pada bulan September 2013 lalu), Dan lain-lain.
Dikisahkan oleh Syekh Muhammad bin Ahmad Alfa Hasyim Al-Futiy; pada musim haji saya bertemu dengan Sidi Ahsan Ba’qili, seorang yang Alim, ahli Fiqih, ahli Hadits pada zamannya yang hafal 200 ribu hadits beserta sanadnya, penulis produktif diberbagai disiplin ilmu. Hingga beliau terpukau dengan beberapa pertanyaan yang dijawab Sidi Ahsan Ba’qili, diantaranya; Zawiyah itu seharusnya diatas/dibawahnya tidak ada bangunan lagi untuk tempat tinggal.
Demikianlah cerita anak saudaranya Syekh Umar Al-Futiy penulis kitab “Ar Rimah” tersebut.
Pada tahun 1367 H., Beliau mulai diserang penyakit Hepatitis, yang hujungnya beliau menghadap kehadirat Sang Ilahi pada malam Jumaat 10 Syawal 1368 H. Dahulu dimakamkan di daerah Oulad Ziyan, namun -subhanallah- ketika dipindah ke daerah Ghufron-Casablanca mayatnya utuh walaupun sudah bertahun-tahun. Demikianlah biografi singkat Beliau yang dapat saya tuliskan disini, semoga bermanfaat dan semoga kita mendapat barokah dari ilmu beliau, Syekh Ahsan Ba'qili dari Casablanca.

Friday, 30 October 2015

Mengenal & Membeza Ahlul BaitilRasulullah saw.

Catatan ilmu supaya kita lebih faham erti terminologi yang dipakai:-
1) lmam Hanafi lahir: 80 hijrah
2) lmam Maliki lahir: 93 hijrah
3) lmam Syafie lahir: 150 hijrah
4) mam Hanbali lahir: 164 hijrah
5) lmam Asy'ari lahir: 240 hijrah
Mereka ini semua ulama Salafus Soleh @ dikenali dgn nama ulama SALAF...
Apa itu SALAF?
Salaf ialah nama "zaman" iaitu merujuk kpd golongan ulama yg hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 HIJRAH.
1) Golongan generasi pertama dr 300 tahun hijrah tu disebut "Sahabat Nabi" kerana mereka pernah bertemu Nabi.
2) Golongan generasi kedua pula disebut "Tabi'in" iaitu golongan yg pernah bertemu Sahabat Nabi tp tak pernah bertemu Nabi.
3) Golongan generasi ketiga disebut sbg "Tabi' tabi'in" iaitu golongan yg tak pernah bertemu Nabi & Sahabat tp bertemu dgn Tabi'in.
Jd Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorg TABI'IN.
Imam Malik,
Imam Syafie,
Imam Hanbali,
Imam Asy'ari pula berguru dgn Tabi'in maka mereka adalah golongan TABI' TABI'IN.
Jd kesemua imam2 yg mulia ini merupakan golongan SALAF YG SEBENAR & pengikut mazhab mereka lah yg paling layak digelar sbg "Salafi" kerana "salafi" bermaksud "pengikut golongan SALAF".
Jd beruntung lah kita di Malaysia (nusantara) yg masih berpegang kpd mazhab Syafie yg merupakan mazhab SALAF yg SEBENAR & tidak lari dr kefahaman NABI & SAHABAT...
Rujukan Wahhabi pulak:
1) Ibnu Taimiyyah lahir:
661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
2) Albani lahir:
1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi, lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
3) Muhammad Abd Wahhab (pengasas gerakan Wahhabi):
1115 Hijrah (lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
4) Bin/Ibnu Baz lahir:
1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi, sama dgn Albani, lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
5) Ustaimin lahir: 1928 Masihi (mati tahun 2001, lebih kurang 12 tahun lepas dia mati, lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.
Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali Ibnu Taimiyyah yg hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf & zaman dajjal (akhir zaman)...
tak de sorg pun imam rujukan mereka yg mereka taksub buta hidup di zaman SALAF....
Mereka ini semua TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tp SANGAT2 ANEH apabila puak2 Wahhabi menggelarkan diri sebagai "Salafi" (pengikut golongan Salaf).
Sedangkan rujukan mereka semuanya merupakan manusia2 yg hidup di AKHIR ZAMAN? fikir2kanlah & renung2kanlah, sebarkan kepada saudara2 kita yg lain ASWJ.

SIAPA WAHABI?
Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh,
kerana 3 Mazhab lain tidak pun membaca Qunut Subuh,
itu khilaf mazhab;
bukan juga kerana tidak buat kenduri arwah kerana ada Qawl dlm Mazhab Syafi'i yg tidak menggalakkannya,
bukan juga kerana itu & ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yg salah yg membentuk satu gerakan ekstrem yg boleh memecahbelah masyarakat.
Kemuncak ekstrem & radikal Wahabisme boleh sehingga membawa pertumpahan darah spt IS,
ISIL,
ISIS,
al-Qaeda,
Taliban...
semua itu adalah didikan Wahabi.
Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yg menyeru kononnya jgn "taqlid", jgn "mengikut membuta tuli"; menyeru kononnya "kembali kpd al-Quran & al-Sunnah".
[1] Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan org lain yg tidak sehaluan dgn mereka & merasakan hanya amalan mereka shj yg betul. Hanya mereka shj kononnya mengikut "Sunnah".
Mereka kelompok manusia yg tidak boleh berbeza pandangan,
tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak).
Wahabi menolak bahawa Bid'aah ada 2 bentuk
(i) Baik (Hasanah) &
(ii) Sesat (Dolalah).
Bg Wahabi semua Bid'aah sesat & masuk neraka.
Oleh itu setiap Bid'aah adalah mungkar & bg mereka wajib ditentang.
Lalu mereka membesarkan perbezaan pendapat & membikin kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada.
Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbyk menuturkan "BID'AAH" terhadap amalan org lain & menjadikan ianya "wirid" harian.

[2] Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus utk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum drpd al-Quran & al-Sunnah.
Bg Wahabi setiap ibadat kena ada nas & dalil,
walhal perintah yg bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya.
Wahabi marah membaca Surah Yasin mlm Jumaat kerana tiada nas.
Bukankah perintah memperbykkan membaca al-Quran sudah cukup byk & memadai?
Adakah nas melarangnya pula? Tiada larangan.

[3] Wahabi adalah gerakan MENSYIRIKKAN org lain:
tawassul bg mereka syirik kecuali tawassul dgn amalan soleh,
& dgn Asmaul Husna saja.
Walhal para Sahabat & Salafus Soleh bertawassul dgn pelbagai bentuk lain;
[4] Wahabi gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT mensifatkan Allah "bertangan",
"duduk" atas Arasy,
"ketawa",
Allah di atas langit.
Wahabi menolak takwil yg dibawa oleh manhaj Ashairah & Maturidiyyah sdgkan manhaj Ashairah itu lebih selamat dr mensifatkan Allah dgn sifat makhluk.

[5] Wahabi juga gerakan MENTADHA'IFKAN hadith &
MEMARDUDKAN hadith dhaif, menolak penggunaan hadith2 dhaif & membakulsampahkan semua hadith2 dhaif.
Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dlm hal fadhailul 'amal & targhib wa tarhib.
Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani.
Mereka tidak sedar mereka bertaqlid &
mengikut membuta tuli apa shj takhrij hadith oleh al-Albani.
Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian "kibarul ulama" Saudi hari ini manakala kitab2 rujukan Wahabi ialah kitab karangan Muhammad Abdul Wahab.
Mereka membutakan mata &
memekakkan telinga apabila didtgkan hujah drpd para ulamak lain yg muktabar namun tidak sealiran dgn mereka.

[6] Wahabi gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi & tasawuf.
Mereka secara terpilih memetik yg mana sesuai dgn fikrah mereka kitab2 Ibn Taimiyyah,
Ibn Qayyim,
Al-Dhahabi,
al-Syawkani khususnya di bab memburuk & mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah.
Wahabi Malaysia ada yg mengatakan tasawuf lebih kotor drpd air longkang.
Sedangkan Sufi ada yg baik & ada yg sesat sepertimana umat Islam yg lain juga amnya:
ada yg Soleh,
ada Munafik & ada yg berdosa.
Sufi juga tidak maksum.
Bahkan Imam Ghazali sendiri turut mengkritik "Sufi palsu" walaupun beliau sendiri seorg ahli Sufi.
[7] Wahabi MENOLAK Imam al-Ghazali ra & jarang dengar mereka mengutip kalam Imam al-Ghazali ra.
Bg mereka Imam al-Ghazali ra Hujjatul Islam itu jahil hadith.
Itulah Wahabi, & jgn terkeliru dgn suara2 membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi. Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi,
kononnya Wahabi itu "hantu", "momok" & tidak wujud. Kenal dulu ciri2 Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka.
Kalau yg melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi (yg malu mengaku). Hati2 dgn mereka ini walaupun petah berbicara, & mulut penuh dgn ayat2 al-Quran & al-Hadith.
Ada Wahabi Malaysia yg sangat terkenal & bicara memukau sehingga ramai org awam tertipu. Dgn pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan, Perak, Pahang, & Kedah, moga2 makin ramai yg sedar & makin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yg bertopeng & begitu licik selama ini. Jgn terkejut jika ustaz yg anda kagumi selama ini itu sebenarnya / mungkin pendokong Wahabi.

Hanya jauhari yg kenal manikam.
اعرف الحق تعرف أهله

Faedah : Akidah & Jiwa

Kewajipan mempertahan jiwa dan akidah seorang muslim,dan ketiadaan mengkafirkan orang-orang islam…
Sabda Rasulullah saw :
أمِرْتُ أنْ أُقَاتِل النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله فَإِنْ قالُوهَا عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وأمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ اللهِ
Ertinya:
Aku telah disuruh untuk memerangi manusia,hinggalah mereka mengucap kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ,Maka jika mereka telah mengucapkan dua kalimah tersebut,maka terselamatlah jiwa raga dan harta benda mereka daripadaku.,melainkan kerana melaksanakan tuntutan Allah (qisas dan umpamanya)
Inilah jalan yang sah untuk dinisbahkan mereka kepada akidah ahli sunnah wal jamaah..
kerana sesungguhnya ahli-ahli bida’h kebanyakkan daripada mereka itu mengkafirkan semua golongan yang menyalahi pemahaman mereka dengan terang-terangan..
Adapun golongan ahli sunnah wal jamaah ,mereka ini adalah golongan yang terselamat dari mengungkap perkataan dan bertindak dengan tindakan yang melulu(mengkafirkan orang)…
Mereka ini,apabila menghukum orang yang menyalahi akan akidah dan pemahaman mereka,hanyalah sekadar mengatakan mereka ini,sebagai ahli bida’h,atau Ahli ro’yi(akal)atau ahli syubhat dan umpamanya…..”
Perhatikanlah perkataan Imam Abu Hasan Al Asya’ri ketika beliau dipenghujung hayat beliau,yaitu ketika beliau diatas katil dihadapan sahabat sahabat beliau,dan beliau berkata:
إشْهَدوا عليَّ أنِّي لا أُكَفِّرُ أحَدًا مِنْ أهل القبلةِ فإنِّي وجَدْتُّهُم كلُّهُم يُشيرُون إلى الله والإسلام يَعُمُّهُم
Ertinya:
kamu semua persaksikanlah atas diriku ini !!!!,bahawa aku ini tidak menghukumkan kafir kepada ahli qiblat( ahli لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ), kerana mereka semua menyeru kepada Allah dan kepada Islam secara umumnya…
perbentangan perkara ini, ialah untuk memperingati kawan-kawan,kerana telah dilihat pd kebanyakkan daripada kumpulan orang-orang islam dan juga daripada tokoh tokoh ulama’ zohir…
mereka ini terlalu melampau ketika berdebat dan bermujaadalah dengan ahli bida’h dan ahli ingkar hinggakan membawa kepada menghukumkan kafir atas mereka…
dan mereka(ulama’ zohir) yang berdebat telah terbawa-bawa dengan sifat mereka (ahli bida’h)dan mengikuti segala tindak tanduk mereka(.mengkafir orang islam).
lihatlah apa yang berlaku kepada umat islam dewasa ini……
Awasilah diri kamu……!!!!!!!
Jauhilah diri daripada membuka pintu fitnah atas umat islam,yaitu pintu mengkafirkan jiwa raga seorang muslim,,,
Kerana ia adalah bala’ dan musibah yang sangat besar bagi umat islam pada ketika ini

Wednesday, 28 October 2015

Faedah

Dihikayatkan di dalam kitab para Aulia' berkata laut kepada Allah swt dengan katanya " Ya Allah, dikau izinkan aku supaya dapat aku menenggelamkan orang-orang yang berbuat maksiat kepadaMu...." lalu Allah swt berkata kepada laut  ..." wahai laut, jika mereka itu hambamu, buatlah akan dikau, tetapi mereka semua adalah hambaKu dan Aku menerima mereka datang kepada pintuKu memohon taubat."

   Berkata guru kami yang amat dikasihi, mudah-mudahan Allah memanjangkan umurnya. Beliau berkata.."Sesungguhnya kekurangan yang berlaku kepada sesaorang hamba itu adalah mazhar kesempurnaan Tuhan Azza Wajalla, oleh yang demikian sesaorang hamba itu tidak mampu untuk masuk kepada wilayah Tuhannya melainkan dia sendiri rasa kehambaan dan kekurangan yang ada pada dirinya kerana Allahswt berlawanan dengan segala sifat kelemahan makhlukNya.

It was foretold in the book of the Aulia 'said the sea to Allah by saying, "God, you let me so I can drown those who do evil to You...." then Allah said to the sea ... "O sea, if they were slaves, make them away, but they all are my servant and I accept to receive them to come to my door begging mercy. "

    Our Murabbi said that very dear, hopefully Allah prolong his life. He said .. "Indeed, the lack of which happen to a man is the servant of God Almighty and Wajalla mazhar perfection, therefore a man servant was not able to enter the territory of his Lord, but he himself sense of servitude and deficiencies that exist in themselves as opposed to all the properties Allah swt weakness creatures.

Faedah : Adab bersuhbah dengan Syeikh Murabbi



Berkata Syeikh Tijani r.a ...
   " Bahawsanya bersuhbah (bersahabat dan berdamping) itu  berlaku kepada orang yang masih hidup, kerana orang yang mati tidak boleh berdamping akan dia dan berbicara akan dia dan tidak boleh berurusan denganya samasekali..."
       Berkata al arrif billah Syeikh Ahmad Dardir Ad Addawi r.a di dalam kitab Thufatul Ikhwan iaitu tatkala beliau mengingatkan sahabat-sahabat beliau tentang adab-adab bersuhbah dengan Syeikh katanya .
                 " Medahulukan Syeikhnya atas Syeikh yang lain dan tidaklah pergi kepada wali-wali dan Syeikh daripada kalangan orang-orang solleh melainkan dengan izinnya dan juga tidaklah ia menghadirkan diri pada majlis kecuali majlis gurunya....hinggalah dia telah puas menghirup air dari sir sir yang ada pada Syeikahnya"

Disebut dalam Khulsonah al Mardhiah, "wajiblah atas setiap orang Syeikh bahawa ia tidak membiarkan sahabat-sahabatnya (murid) menziarahi guru yang lain kerana bahaya dan mudarat itu terlalu mudah dan cepat berlaku atas murid tersebut kerana setiap guru iitu mempunyai jalan tertentu yang dikhususkan kepada murid tersebut dan tidak mungkin boleh dicampurkan atau dikongsikan untuk bercampur dengan murid lain yang berlainan guru kerana dikhuatiri murid akan mendengar yang bersalahan dari apa yang diajar oleh guru mereka. Maka pada ketika itu, murid akan keliru dengan apa yang diajar oleh gurunya, maka wajiblah atas guru tersebut menutup pintu di atas murid-muridnya.daripada menghadirkan diri kepada guru yang lain.

-Mudir Darul Madad-


Sheikh Tijani r.a said ...
   "Suhbah (friends and consorts) it applies to people who are still alive, because the dead can not communicating to him and talk to him and can not deal with it at all ..."
       Sheikh Ahmad al billah said, from a words Dardir Ad Addawi Thufatul reported in the book of the Brotherhood (Ikhwan) when he reminded his companions about the ethics of Suhbah the sheikh said.
                 "Priority twords Sheikh on the other and not go to the friends and sheikh from among those Solleh except with his consent and it was also not present himself at the council unless the teacher will .... until he was satisfied sip of the sir available from the Syeikh "

Known in Khulsonah al Mardhiah, "Sheikh obligatory for any person that he does not let his friends (disciples) to visit other teachers because of the dangers and harm that are easy and quick to apply for these students because every teacher has a certain way that is devoted to students and may not be combined or shared to mix with other students from different schools for fear that students will listen in contravention of what was being taught by their teachers. And at that point, students will be confused as to what was being taught by the teacher, so the teacher must They closed the door on them from attend to other teachers.

Tuesday, 27 October 2015

MAJLIS YAUMUL IFTITAH DARUL MADAD

Pada 23 Oktober 2015 bersamaan 10 Muharram 1437 Hijrah telah diadakan Majlis Yaumul Iftitah Darul Madad.

Majlis dihadiri oleh yang di Mulikan Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi,
Majlis bermula seawal jam 5.00 petang dengan Majlis Zikir Wazifah dan Zikir Hailalah.



Majlis berbuka puasa sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang dimana YM Sayidi Ahmad Al Hadi dan semua para ikhwan berbuka puasa dengan jamuan ringan. Selepas itu, diikuti dengan Solar Fardhu Maghrib berjemaah dan jamuan .


Pengisian dimuliakan dengan majlis Ilmu oleh YM Sayidi Ahmad Al Hadi. Antara topik yang disentuh ialah sambutan hari Asyura sebagai hari pengorbanan yang besar oleh Saidina Hussin as.

Monday, 24 August 2015

Kembara Mahkota Selawat

Pada 20 hingga 22 Ogos 2015, bumi Johor Darul Tazim sangat bertuah kerana di kunjungi oleh Murobbi Sheikh Ahmad Al Hadi Al Hassani, guru Murobbi Tijani Malaysia.
Berbagai aktiviti dan program yang disediakan oleh Ikhwan Negeri Johor  demi mengembirakan hati Insan kesayangan kami.

Menginap di Starhill Golf & Country Club Johor Bahru dan antara program utama bersama beliau  ialah Program Ziarah ke lima buah rumah Ikhwan Johor, Lawatan Ke Muzium Johor Lama, Solat Jumaat di Masjid Kampung Makam Kota Tinggi, Wazifah dan Hailalah, program reakreasi memanah dan lawatan santai ke beberapa tempat menarik sekitar Daerah Kota Tinggi dan Johor Bahru.




Antara Mutiara Kata Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hassani

Rasa kehinaan dan kekeurangan itulah rasa kehambaan dan maksud ibadah. Ibarat resam padi , semakin berisi semakin tunduk (tidak takabbur & ujub) adapun sekam selalunya tegak meninggi , tetapi bergoyang tidak tentu arah apabila ditiup angin (isyarat kepada ketidakstabilan minda kerana tiada ilmu) dan tidak kukuh singgahsana perhambaan diri.




Syariat adalah asas manakala hakikat adalah natijah (buah / hasil). Sejauh mana sesorang itu kuat dan istiqamah menjaga syariatnya, begitulah hasil pada hakikatnya. Ibarat sebiji benih yang kecil, segala dahan, daun , buah dan semua unsur pokok berada didalamnya, sejauh mana sesorang itu menjaga atau membaja, begitulah juga hasil yang akan diperolehi dari penjagaanya itu.

Syariat ibarat kulit sebiji kelapa yang berkulit tebal, menjaga akan isi yang putih didalamnya. Isi kelapa di ibaratkan seperti hakikat yang putih bersih warnanya lantaran penjagaan dan pemeliharaan oleh kulit kelapa yang tebal dan kuat ( Isyarat kepada penjagaan syariat )

Dan pesanan beliau juga
" Kurangkan ketawa".


Kalam Sayidi
" Saya sedih nak tinggalkan Ikhwan Johor"

Wednesday, 15 July 2015

Majlis Iftar di Zawiyah Darul Madad

Majlis iftar dan khatam Al Quran telah di adakan oleh Ikhwan Tijani Johor di Zawiyah Darul Madad, parit 1, Sagil Johor pada 10 Julai 2015 / 23 Ramadhan 1436 Hijrah.

Majlis dimulai dengan Majlis Zikir Hailalah, Zikir Wazifah dan Zikir 'Ya Latiff' sebagai rutin kepada diri kami.

Selepas solat Fardhu Maghrib, jamuan disediakan kepada tetamu yang hadir. Kemudian di ikuti dengan solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Tarawikh secara berjemaah. Semasa moreh, acara pemberian hadiah sempena Aidil Fitri telah diberi kepada semua pelajar-pelajar Zawiyah Darul Madad serta beberapa AJK Ikhwan Penggerak Negeri Johor.

Tuesday, 23 June 2015

Majlis & Program BKZ sepanjang Syabaan 1436 Hijrah

  Majlis bacaan Maulid di Kg Parit Turun, Sagil Ledang Johor

 Majlis Bacaan Maulid & Selawat di Zawiyah Anafaturabaniyah, Kg SInaran JB


Pelajar Darul Madad selepas Majlis Bacaan Maulid & Selawat.

Baccan Maulid & Qasidah adalah antara pengisian tarbiah di Darul Madad bagi menyemarakkan rasa kecintaan yang teramat terhadap Junjungan besar Rasulullah saw.

Wakil BKZ Tilawah Al Quran OKU.


Adik Shafiq Izwan adalah Murid OKU (buta) di Darul Madad, telah terpilih mewakili negeri Johor dalan Majlis Tilawah Al Quran  Braille Peringkat kebangsaan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 13 Jun 2015 yang lalu.

Majlis Haruman Selawat Plaza Angsana Johor Bahru


Majlis Haruman Selawat Pelajar Darul Madad bersama Ikhwan Badan Kebajikan Zawiyah Johor telah dia dakan di Surau Plaza Angsana Johor Bahru, sempena menyambut kedatangan Ramadhan 1436Hijrah. Majlis juga di sertai oleh pengunjung & AJK Surau dimana satu majlis Infaq saradiri kepada pelajar OKU (buta) Darul Madad.




Sekitar Majlis Haruman Selawat Di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Monday, 22 June 2015

Majlis Multaqa Ikhwan Tijani Johor kali Pertama


Majlis Multaqa diadakan pada 29 Mei 2015 (Jumaat). di aras 1 Restoran Belanga 1, Tmn Adda Height, Johor Bahru.  Dihadiri oleh semua ikhwan negeri seramai 75 orang. Beberapa ikhwan telah dilantik sebagai Ikhwan Penggerak Tijani Johor melalui beberapa biro yang ditubuhkan bertujuan melancarkana lagi struktur pengurusan Madrasah Darul Madad di Sagil dan juga Zawiyah Anafaturabaniyah yang terletak di Johor Bahru.
Dimulaikan sekitar jam 5.30 petang dengan bacan Hailalah dan dikuti dengan zikir wazifah. Solat fardhu Maghrib dan diikuti dengan Jamuan makan malam. Multaqa di mulakan selepas solat fardhu Isyak dan dipengurusikan oleh AlFadhil Ustaz Taufik bin Khamis.

Sunday, 26 April 2015

Majlis Mahabbah Bersama Sayidi Ahmad Al Hadi Al Maghribi.

               
Pada 17 hb April 2015 ( 27 Jamadul Akhir 1436 H), Badan Kebajikan Zawiyah Johor & Yayasan Fidhut Tijani Johor telah menganjurkan Majlis Mahabbah dan Silaturrahim bersempena kehadiran yang dikasihi Sayidi Ahamd Al Hadi Al Maghribi ke bumi Malaysia.

Majlis di adakan di Hotel Le Grendour, Senai Johor dimana Sayidi dan keluarga menginap.

MAJLIS MAKAN MALAM : RESTORAN CASABLANCA

Majlis awal adalah makan malam Pihak Pengurusan BKZ dan Yayasan Fidhut Tijani Johor bersama  Sayidi di Restoran Casablanca yang menyediakan menu timur tengah (Maghribi).



Program di Le Grendour Senai Johor telah di hadiri seramai 200 Ikhwan, Ekhwat,Muhibbin dan jemputan telah bersama-sama dengan yang di kasihi Sayidi Ahmad Al Hadi.

       

Wednesday, 25 March 2015

Terubat Rindu Kami

Pada 25 Mac 2015 ( 4 Jamadil Akhir 1436 Hijrah) kami sangat-sangt merasa gembira dan bersyukur dengan kehadiran Guru Murobi kami, Yang di Kasihi  Sayyidi Ahmad As Syarif Al Hassani ke Malayisa, setelah 6 bulan meninggalkan kami. Kehadiran beliau sekeluarga disambut dengan rasa syukur oleh Ikhwan dan Muhibbin dari seluruh negara di KLIA.

Selamat Kembali wahai tuan kesayang kami. Alhamdullilah



Wednesday, 18 March 2015

Majlis Ikhtibar Ahli Zawiyah Johor

Pada 6 Mac 2015, Pihak Zawiyah Johor (Anafatulrabaniah ) telah mengadakan program Ikhtibar (ujian) kepada pelajar dewasa. Bertujuan untuk menguji kefahaman tentang tajuk Aqidah yang telah di pelajari terutama dari petikan Matan kitab Umul Barahin.


Kuliyah Mingguan Di Surau Al Jauhar, Tmn Impian Emas, JB.

Setiap Hari Ahad, surau Al Jauhar mengadakan Kuliah Aqidah kepada Kariah Jemaah Taman Impian Emas, Johor Bahru. Kuliyah di adakan selepas Solat Fardhu Isyak.

Jemputan Majlis Doa Selamat

Pihak Zawiyah Darul Madad telah dijemput Oleh Penduduk Pekan Sagil untuk menraikan Majlis Doa selamat pada 15 Mac 2015 . Semua Ahli Zawiyah Darul Madad termasuklah seorang pelajar OKU (buta) telah menyertai program masyarakat ini.


Saturday, 21 February 2015

Majlis Tahlil & Zikir

Ahli Badan Kebajikan Zawiyah Johor (Pondok Anafaturabaniah) meraikan Majlis Tahlil & Zikir di Kediaman Apak (Tn Hj Khamis) Ayahanda kepada Al Fadhil Ustaz Taufik, di Kampung Sinaran Baru, Johor Bahru pada 20 Febuari 2015 / 1 Jamadil awal 1436 Hijri selepas solat Maghrib.






Saturday, 14 February 2015

MAJLIS HARUMAN SELAWAT & BACAAN QASIDAH



Pada 08/02/2015, Zawiyah Darul Madad telah diundang untuk membuat persembahan Bacaan Maulid & Bacaan Qasidah sempena Sambutan Maulidul Rasul saw di Kampung Parit Jayus Darat, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Turut hadir adalah exco kerajaan negeri Johor bahagian pelancongan yang juga merangkap adun Sri Medan


Ceramah Maulid telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Taufik bin Hj Khamis bin Hassan
Mudir (Pengetua) Pondok Thafiz Darul Madad, Sagil Johor.





Sekitar Majlis Haruman Selawat & Bacaan Qasidah 
di Kg Parit Jayus Darat, Sri Medan Batu Pahat, JOHOR

Saturday, 7 February 2015

SAMBUTAN MAULIDURASUL DI PONTIAN




Program Bersama Komuniti Johor
Memenuhi undangan Meraikan Maulid & Bacaan Qasidah oleh Pelajar-Pelajar Pondok Tahfiz Darul Madad & Ahli Badan kebajikan Zawiyah, di Masjid Kampung Air Sawah, Pekan Nanas, Pontian Johor,

Caramah maulid telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Taufik bin Hj Khamis, Mudir Pondok Tahfiz Darul Madad.

Tawaran Infaq RM1.00 sehari


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Tawaran adalah dibuka kepada orang awam untuk menyumbang sebanyak RM1.00 sehari kepada Badan Kebajikan Zawiyah Johor bertujuan untuk mengumpul dana Pengurusan Pondok Tahfiz Al Quran Darul Madad yang terletak di Kampung Parit 1, Sagil Ledang, Johor serta menyambung pembinaan bangunan pengurusan yayasan kami yang masih tergendala di atas faktor kewangan dan bangunan separuh siap ini terletak di Pekan Nanas, Johor.

Pihak Badan Kebajikan Zawiyah Johor juga sedang menaja 2 pelajar di laur negara (Hadramout, Yaman) dan sedikit dari infaq tuan/puan kami salurkan untuk pengajian mereka di sana,

Untuk maklumat lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi AlFadhil Ustaz Taufik bin Hj Khamis seperti maklumat di atas.


Kata Baginda Rasulullah saw yang mulia , yang bermaksud...

" Barang siapa yang menolong orang alim atau yang belajar (mencari ilmu) meskipun dengan memberi segelas minuman, seolah-olah dia mendirikan Ka'bah 70 kali".

Mata'ul Badrin : Sheikh Ismail bin Daud AlFatoni



Jemputan Bacaan Qasidah & Maulid 2015



 Sambutan Maulid 2015 di Kampung Parit 1, Sagil Ledang Johor


Sambutan Maulid di Sekolah Kebangsaan Dr Tun Syed Nasir, Felda Pasak,Kota Tinggi, Johor






Monday, 19 January 2015

SANAH HELWA YA MUROBBI


MAJLIS SAMBUTAN MERAIKAN HARI KELAHIRAN GURU
AlFadhil Ustaz Taufik bin Hj Khamis bin Hassan AtTijani 



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.


“Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup/terkunci dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran dan yang menunjukkan jalanMu yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi agung”.

Majlis dimulakan seawal jam 6.00 petang dengan Majlis Zikir Wazifah, Zikir Hailalah dan Solat Fardhu Maghrib berjemaah. 
Adalah menjadi wajib bagi kami dalam menuntut ilmu, Guru dengan usahanya telah membacakan  Kitab Adab Penuntut sehingga jam 9.00pm dan Solat fardhu Isyak berjemaah.



Pada jam 9.30pm, majlis dimulakan oleh Ustaz Sodiqi dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih yang amat sangat kepada guru yang telah banyak berjasa khasnya kepada Ikhwan & Muhibbin ahli Johor dalam  usaha gigih  beliau untuk  menyampaikan risalah kebenaran & ilmu akhirat.



Tuesday, 6 January 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL @ MAHAAD TAHFIZ DARUL MADAD

MAULID DI DARUL MADAD
Kampung Parit 1, Sagil Muar Johor
2 JANUARI 2015 / 12 Rabi'ul Awal 1436 Hijrah


Majlis  Ihyak Maulid ,  di hadiri hampir 150 orang tetamu dan Ikhwan yang datang dari Johor Bahru, Kota Tinggi, Pasir Gudang, serta ahli Daerah Muar.

Bermula seawal jam 5.30pm dengan Majlis Zikir Wazifah, Zikir Hailalah &  Zikir Ya Latif. Selepas Maghrib di teruskan dengan bacaan kitab Isyradul Asyfiya' , Solat Isyak dan Jamuan.

Selepas Jamuan, Majlis diteruskan dengan bacaan Burdah 168 bait hingga jam 11.30pm

Majlis disambung seawal jam 3.30am, dimulakan dengan acara solat taubat, solat tahajjud dan munajat / selawat ke atas Rasulullah saw.

Solat subuh  berjemaah, di ikuti Majlis Zikir Wazifah dan bacaan Marhaban & maulid sebagai memuji dan melahirkan rasa kecintaan kepada Sayidul Wujud Saidina Wamaulana Muhammad saw.

Majl;is di kahiri dengan selawat dan marhaban , diikuti dengan sarapan pagi, acara fotografi dan bersurai sekitar jam 11.00am