Mesyuarat Badan Kebajikan Zawiyah JOHOR
09/11/2014 (16 Muharram 1436 Hijrah)
Tuan Pengerusi : Al Fadhil Ustaz Taufik bin Khamis bersama YB Dato Hj Abdul Karim (Penasihat Yayasan Fidhut Tijani Malaysia)
Pembentangan & Penerangan tentang Penubuhan Yayasan Fidhut Tijani Malaysia dan status terkini aktiviti & sasaran Yayasan untuk menambahbaik Biro Pengajian & Pendidikan .
Antara rumusan mesyuarat
1. Bersetuju untuk menambah baik Madrasah Tahfiz Darul Madad di Sagil, Muar Johor.
2. Mencari & mengumpul dana awam untuk meneruskan pengurusan & keperluan Darul Madad & menyalurkan infak bulanan kepada 2 pelajar tajaan Badan Kebajikan Zawiyah JOHOR di Yaman.
3. Meneruskan usaha untuk mengumpul dana awam untuk meneruskan kerja Pembinaan Madrasah di Pekan Nanas (Johor) yang mana masih memerlukan dana sebanyak RM 700,000.00.
4. Bersetuju untuk membentuk khidmat Ikhwan Tijani Seluruh Negara untuk membeli sebidang tanah seluas 5 ekar denga nilai 1.2 juta sebagai tapak Zawiyah Kubra' Malaysia.
No comments:
Post a Comment