Zawiyah Johor

Zawiyah Tahfiz Al Qurqn & Talaqi Pengajian Islam Darul Madad.

Latarbelakang:
                Darul Madad adalah sebuah Zawiyah  Pengajian Menghafaz Al Quran & Pengajian ilmu Islam menerusi kitab muktabar yang di uruskan oleh Badan Kebajikan Zawiyah Johor. Sehingga hari ini, pondok ini mempunyai 18 pelajar lelaki termasuk seorang pelajar OKU (cacat penglihatan / buta).

Zawiyah Darul Madad ini bertempat di Lot 3945 Kampung Parit 1, Sagil Ledang Johor di bawah tarbiah Al Fadhil Ustaz Taufik bin Hj Khamis bin Hassan.

                    Darul Madad merupakan sebuah institusi pengajian tradisional yang menekankan pembangunan insan, akhlak dan kerohanian dalam membentuk genarasi yang berilmu serta bertakwa dalam berhadapan dengan arus pemodenan serta berdiri teguh di atas garis panduan manhaj nabawi bagi memertabatkan pegangan Ahlisunah Wal Jamaah demi memelihara kesucian akidah lslam dan syariat Baginda Rasulullah SAW.


Sejarah:

               Darul Madad diasaskan dan ditubuhkan oleh Badan Kebajikan Zawiyah Johor bertujuan memberi peluang dan ruang kepada anak-anak Negeri Johor khususnya dan seluruh Malaysia amnya dengan tujuan memberi peluang pendidikan agama yang lebih meluas melalui sumber-sumber yang diyakini dan muktabar berteraskan kefahaman Ahlisunnah Wal Jamaah meliputi tiga elemen iaitu lslam, Iman dan lkhsan.

               Darul Madad dibuka secara rasmi pada 1 Muharram 1436 Hujrah dengan seramai 11 orang pelajar iaitu terdiri daripada anak-anak pelajar kelas dewasa Zawiyah Anafatur Rabaniah yang terletak di Johor Bahru.

              Harapan kami, mudah-mudahan Allah swt mempermudah segala urusan kami dalam membantu berkhidmat untuk agamaNya dan umat Baginda nabi SAW dengan keberkatan Sayyidul Auliya' radiallahu anhu.

Pengajian:

Antara aktiviti harian & mingguan Darul Madad adalah

1. Hafazan Al Quran
2. Bacaan Kitab fekah & Adab belajar
3. Bacaan Selawat dan Zikir
4. Solat berjemaah
5. Riadah / memanah / futsal / berkuda
6. Pelaziman solat malam & Duha
7. Memenuhi undangan bacaan Maulid & Qasidah dari penduduk seluruh Negeri Johor
8. Program kemasyarakatan : Gotong royong bersama penduduk setempat / kariah Masjid.
9. Kuliah Maghrib & Subuh
10.Khidmat di pusat Tarbiyah Dewasa ( Zawiyah Anafatulrabaniyah) yang terletak di Kampung Sinaran Baru, Johor Bahru.









Adik Shafiq Izwan (Kanan) OKU / Buta Penglihatan adalah salah seorang pelajar Darul Madad

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt . Ada buat pengambilan pelajar tk? Sy brumur 22. Boleh ke sy nk belajar di zawiyah?

    ReplyDelete